
Jentera BN pamer komitmen tinggi berdepan PRN
KUALA LUMPUR 27 Okt – Barisan Nasional (BN) yakin komitmen cukup tinggi dapat dibuktikan dalam kalangan jentera parti bagi berdepan Pilihan Raya Negeri 20 Nov depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin satu perubahan luar biasa akan berlaku dalam PRN kali ini memandangkan ia telah mendapat sokongan padu jentera dari seluruh negara.
Justeru, beliau berharap, jentera BN perlu bergerak ke hadapan bagi ‘menebus’ kesilapan terhadap apa yang telah dilakukan bekas pemimpin sebelum ini.
“Kita perlu tebus apa yang dilakukan bekas pemimpin kita dan yakin jentera UMNO BN Melaka dibantu seluruh negara dan akan ada perubahan besar berlaku di Melaka.
“Kira harap jentera BN Melaka perlu beri penghargaan kepada jentera luar yang akan membantu kita sepenuhnya sepertimana telah perlihatkan kejayaan pada PRK (Pilihan Raya Kecil) dan PRN Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...

