
Jepun longgar amaran perjalanan untuk 36 negara
TOKYO, 27 Mei – Jepun pada Khamis melonggarkan amaran perjalanan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1 untuk 36 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Hong Kong.
Selain itu, rakyat Jepun juga dibenarkan melakukan perjalanan tidak penting ke negara dan kawasan terbabit.
Menurut Kementerian Luar, 36 negara itu turut termasuk Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia, lapor Agensi Berita Kyodo.
Nasihat perjalanan untuk 15 lagi negara dan kawasan lain pula diturunkan daripada Tahap 3 kepada Tahap 2, antaranya tujuh di Timur Tengah dan Afrika, enam di Eropah dan dua di Amerika Latin.
Sebelum ini, Jepun mengeluarkan nasihat perjalanan susulan pandemik COVID-19.
“Secara keseluruhannya, dunia kini melihat trend penurunan dalam jumlah kes jangkitan baharu dan kematian, dan risiko mengalami simptom teruk serta kematian juga semakin berkurangan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, 109 negara dan wilayah kekal di bawah amaran Tahap 2, termasuk 30 di Asia, seperti China, Korea Selatan dan India, serta 35 negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis dan Itali.
Pada masa sama, 41 negara kekal pada Tahap 3. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
