Sorting by

×

JTKSM buka 23 kertas siasatan berkaitan pelanggaran syarat gaji minimum

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MELAKA, 16 Feb – Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) membuka 23 kertas siasatan berkaitan majikan gagal mematuhi syarat pembayaran perintah gaji minimum sebanyak RM1,500 yang ditetapkan kerajaan, dari tempoh 1 Jan hingga 15 Feb lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abd Wahab berkata kertas siasatan itu dijangka bertambah susulan pemantauan aktif termasuk Op Pematuhan Gaji Minimum yang akan dilakukan pihaknya sepanjang tahun ini.

“Sebanyak 110 syarikat pelbagai sektor termasuk kawalan keselamatan akan diperiksa sepanjang operasi selama dua hari bermula semalam secara serentak di seluruh Semenanjung untuk memastikan pekerja sektor itu dibayar sekurang-kurangnya RM1,500.

“Sekiranya ada pelanggaran peraturan, kenyataan majikan akan diambil, disusuli dengan kertas siasatan dibuka,” katanya ketika ditemui pemberita pada operasi pemeriksaan itu di Ayer Keroh di sini hari ini.

WhatsApp Image 2023-02-16 at 4.50.58 PM
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abd Wahab

Mohd Asri berkata JTKSM dan agensi lain seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terlibat sama dalam operasi itu turut mendapati kemungkinan berlakunya pelanggaran tertentu berkaitan isu kadar upah kerja lebih masa.

“Daripada pemeriksaan yang dilakukan ke atas pekerja, kita dapati berkemungkinan ada majikan yang gagal membuat perkiraan dan pembayaran bagi gaji lebih masa secara betul.

“Ini kerana ada pekerja menyatakan mereka mendapat gaji RM2,100 sebulan dan sudah tentulah termasuk kerja lebih masa. Justeru, kita akan akan tengok adakah betul dengan kiraan kerja lebih masa yang ditetapkan dan membuka kertas siasatan sekiranya perlu bagi memastikan pekerja tersebut mendapat haknya,” katanya.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1598
Kongsi :
Previous post Gempa Turkiye Syria: PM Anwar cadang kurnia pingat, elaun khas kepada petugas SMART
Next post Lebih 36,100 terbunuh sejak gempa bumi kuat melanda Turkiye
Ubah saiz-+=