Jumlah pesakit COVID-19 ke Hospital Melaka masih rendah – Akmal

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 8 Feb – Biarpun kemasukan pesakit COVID-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) meningkat, namun jumlah yang serius dan perlu dihantar ke hospital masih rendah.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata setakat ini pesakit yang dihantar ke PKRC MITC tidak mengalami masalah kesihatan serius.

DR Akmal semasa melawat PKRC MITC malam tadi.

“Singgah ke PKRC MITC malam ni untuk ziarah frontliner (petugas barisan hadapan) dan saudara kita di sana yang sedang dikuarantin.

“Alhamdulilah mereka dalam keadaan yang baik dan jumlah pesakit yang serius perlu dihantar ke hospital berada dalam jumlah yang rendah dan tidak berubah sejak beberapa minggu yang lepas walaupun jumlah kemasukan ke PKRC meningkat.

“Berbeza dengan keadaan PKRC sebelum vaksinasi dengan jumlah pesakit yang terpaksa dihantar ke hospital akibat menjadi semakin teruk adalah tinggi ketika itu,” katanya.

Ujarnya, kapasiti kemasukan ke Hospital Melaka setakat hari ini hanya pada kadar 29.4 peratus, manakala penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) hanya 7.9 peratus.

“InsyaAllah walaupun berlaku peningkatan kes positif di Negeri Melaka, tetapi pihak jabatan kesihatan negeri dalam keadaan siap siaga dan insyallah mampu untuk menghadapinya…kita berusaha Allah menentukan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

472
Kongsi :
Previous post Empat pelajar perempuan USIM cedera, bas terbabas di Nilai
Next post Tun Mohd Ali rasmi Ibu Pejabat JBPM Melaka
Ubah saiz-+=