
Jurujual wanita cedera kereta terbabas
JASIN 2 Okt – Seorang jurujual cedera di bahagian kaki selepas kereta dipandu terbabas ketika hujan lebat dalam kemalangan di Jalan Kemendor – Jasin di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 22 tahun itu dalam perjalanan dari arah Jasin menghala ke Machap.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk terseliuh di bahagian kaki selain luka di tangan dan kaki.
“Pihak bomba memberikan bantuan dengan mengeluarkan mangsa dalam kenderaan terbabit” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat selain permukaan jalan yang licin.
“Mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARGA RENDAH, MELAKA PILIHAN PEMBELI RUMAH KEDUA DAN KETIGA
BANDA HILIR 22 November - Pasaran perumahan Melaka terus menjadi pilihan pembeli rumah kedua dan ketiga, susulan harga kediaman masih...
JABATAN PERTANIAN SALUR RM200,000 KEPADA DUA SEKOLAH ANGKAT MADANI
KESIDANG 22 November - Jabatan Pertanian menyalurkan peruntukan berumlah RM200,000 kepada dua buah sekolah rendah di negeri ini menerusi inisiatif...
JABATAN PERTANIAN AKTIFKAN BILIK GERAKAN HADAPI RISIKO BANJIR, JEJAS TANAMAN
KESIDANG 22 November - Jabatan Pertanian mengaktifkan bilik gerakan banjir sebagai langkah menghadapi musim tengkujuh berisiko menjejaskan bekalan tanaman, khususnya...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: SEKTOR PELANCONGAN DIHARAP JADI TUMPUAN
BANDA HILIR 22 November - Bajet Negeri Melaka 2026 diyakini akan memberi perhatian secara menyeluruh terhadap usaha untuk merancakkan lagi...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PETANI MAHU SOKONGAN MEKANISASI, DANA DAN TAPAK BAHARU
AYER KEROH 22 November - Golongan petani berharap Bajet Negeri Melaka 2026 memberi tumpuan kepada peruntukan tambahan bagi meneroka tapak...
FAHAMI ASAS DEMOKRASI, PILIH SECARA MATANG DAN BIJAK, BUKAN IKUT EMOSI
LENDU 22 November - Bukan sahaja memahami asas demokrasi, sebaliknya generasi muda juga perlu bijak membuat pilihan kepimpinan masa hadapan...
