
Jurujual warga Afganistan cedera ditikam ketika disamun lelaki senegara
KUALA LUMPUR, 11 September – Seorang jurujual warga Afghanistan cedera di kepala dan bahu akibat ditikam ketika disamun lelaki senegaranya, di sebuah kedai runcit di Jalan Merdeka Permai 2, Ampang di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 26 tahun yang bekerja di kedai runcit berkenaan didatangi lelaki berusia 18 tahun, yang tidak dikenalinya.
Beliau berkata dalam kejadian itu, remaja tersebut meminta mangsa menyerahkan duit dan apabila enggan dituruti, dia bertindak menikam mangsa menggunakan pisau pemotong sayur.
“Polis menahan suspek yang tidak bekerja di Jalan Wawasan di sini, pada 1.45 pagi tadi, manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Farouk berkata remaja berkenaan direman tujuh hari sehingga 17 Sept dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Mohamad Farouk berkata kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GURAUAN JANGAN SAMPAI BERTUKAR JADI BULI
AYER KEROH 13 Oktober - Batas antara gurauan dan perlakuan buli dalam kalangan remaja perlu diberi perhatian bagi mengelakkan perbuatan...
STL 2026: SYAHIR SASAR PRESTASI LEBIH BAIK
BANDARAYA MELAKA 13 Oktober – Pengalaman mengharungi saingan sengit musim lalu mendorong Tekong Melaka Titans, Mohammad Syahir Mohamad Rosdi membuat...
TAMBAHAN BANTUAN STR, SARA BERI IMPAK BESAR BUAT RAKYAT
AYER KEROH 12 Oktober - Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu rakyat untuk...
BELANJAWAN 2027: USAHA MELAKA PERKASA TVET DAPAT PERHATIAN DAN PENGIKTIRAFAN
AYER KEROH 12 Oktober - Pemilihan Melaka sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence...
JEREBU: SEKOLAH DITUTUP, PKSK DAN STAM TETAP BERJALAN
AYER KEROH 12 Oktober – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Melaka diteruskan...
MPHTJ KONGSI AMALAN HIJAU DI PERINGKAT ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Oktober - Usaha mengurus penggunaan tenaga secara cekap di Kompleks Melaka Mall membuka ruang kepada Majlis Perbandaran...

