Sorting by

×

Kalah 0-9 bukan kejutan besar buat saya – Subahan

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

KOTA LAKSAMANA 22 Jan – Kekalahan skuad hoki wanita negara pada Kejohanan Hoki Piala Asia Wanita 2022, ketika berdepan India awal pagi tadi, sudah dijangka.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, kekalahan 0-9 itu kepada pasukan pilihan dunia itu bukan satu kejutan dan perkara besar untuk diperkatakan.
Beliau berkata, kira-kira 70 peratus pemain diturunkan adalah barisan muda selain sasaran KHM untuk skuad hoki wanita berada di podium pada Piala Asia 2026.

“Ini bukan satu kejutan pada saya dan sebagai presiden saya akan ambil tanggungjawab selain itu bukan satu kekalahan besar.

“Saya memang ada perancangan, kalau boleh saya hendak 20-0 pun tidak apa, biar kena kerana mereka semua pemain muda berusia 18 dan 19 tahun,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Persatuan Hoki Melaka Kali Ke-23 Tahun 2022 yang turut dihadiri Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Habibul Ajmi Manggar, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kekalahan pada kejohanan kali ini adalah strategi mempersiapkan skuad wanita dalam mengisi tiga kelompok terbaik.

“Saya buat perubahan drastik dengan mengambil pemain muda untuk turun supaya mereka dapat pengalaman dan merasai asam garam perlawanan. Sebelum ini kita sentiasa angkat pemain senior dan kita berada di nombor lima Asia tidak kemana-mana.

“Sasaran saya kepada Ketua Jurulatih dan Pengarah Teknikal bukan untuk kejohanan ini sebaliknya pada kejohanan asia akan datang, sekurang-kurangnya berada di kedudukan tiga terbaik,” katanya.

Dalam aksi sulung Kumpulan A di Muscat, Oman, Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan kalah besar 0-9 di tangan India.

Pada aksi di Kompleks Sultan Qaboos itu, India menjaringkan lapan gol padang dan satu gol menerusi pukulan sudut penalti bermula dengan jaringan pembukaan Katariya Vandana pada minit kelapan sebelum Deep Grace Ekka menyempurnakan pukulan sudut penalti dua minit kemudian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1311
Kongsi :
Previous post Dana RM10 juta bantu pengoperasi FAM – Ahmad Faizal
Next post Azizulhasni tolak tawaran lumayan, kemasyhuran demi Malaysia
Ubah saiz-+=