Kamera AwAS rekod 7,564 kes sepanjang Op HRA 2022 di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BUKIT KATIL 18 Mei – Kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesan 7,564 kesalahan sepanjang 10 hari Operasi Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2022 bermula 29 April hingga 8 Mei lalu.

Kesalahan dikesan di daerah Alor Gajah dan Jasin itu membabitkan empat lokasi di Lebuhraya Utara Selatan iaitu kilometer 185 (arah selatan), kilometer 184.2 (arah utara) dan kilometer 214.4 (kedua-dua arah).

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, kes tertinggi direkodkan pada 1 Syawal bermula jam 12 tengah malam dengan keseluruhan 1,213 kes direkodkan di semua empat lokasi berkenaan.

PENGARAH JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff ditemui pada Sesi Lelongan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka di JPJ Negeri Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Muhammad Firdaus berkata, kes dikesan menerusi AwAS juga tinggi pada 1 Mei iaitu sehari sebelum Aidilfitri dengan sejumlah 903 kesalahan direkodkan pihaknya.

“Kes meningkat sebanyak 10 peratus berbanding bulan-bulan sebelumnya berkemungkinan kerana sikap pemandu yang terburu-buru ingin pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan Aidilfitri.

“Kesemua kesalahan sepanjang Op HRA itu akan dibawa terus ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan nilai denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media selepas sesi Lelongan Awam Kenderaan disita di pejabatnya di Bukit Katil hari ini.

Katanya, JPJ turut mencatatkan sebanyak 88 kes membabitkan sembilan kesalahan utama seperti tidak mematuhi isyarat lalu lintas (lampu merah), memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemsan, memotong barisan, memotong garisan berkembar, tidak memakai tali pinggang/topi keledar, membawa lebih muatan dan muatan berbahaya sepanjang Op HRA 2022.

“Manakala sebanyak 415 kesalahan direkodkan serta 520 notis telah dikeluarkan dalam Op Motosikal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1610
Kongsi :
Previous post Masjid lama rosak, terabai hakis warisan sejarah
Next post Cadangan GIACC akan dibentang pada mesyuarat JKKMAR dan kabinet – Wan Junaidi
Ubah saiz-+=