
Kanak-kanak lapan tahun lemas di taman tema
ALOR GAJAH 21 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dipercayai lemas ketika beriadah di sebuah taman tema di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Alor Gajah memaklumkan mangsa dipercayai lemas dan tidak sedarkan diri pada jam 3.15 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ketika kejadian mangsa bersama ibu serta 78 ahli keluarga lain dari Komuniti Kampung Sungai Tuansih Tanjung Sedelim Kota Tinggi bercuti tanpa bermalam di taman tema berkenaan.
“Kejadian dipercayai berlaku di pinggir kolam berhampiran pulau buatan dengan kedalaman lebih kurang satu meter.
“Ketika kejadian, petugas taman tema terbabit melakukan bantuan menyelamat sebelum membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Jelasnya, siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TEMA MELAKA SAYANG RAKYAT TERCAPAI
AYER KEROH 29 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menyentuh hati...
RAYA DI RIM HIMPUN RAKYAT BERBILANG KAUM BAWAH SATU BUMBUNG
RIM 29 Mac - Kehadiran masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim...
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
