
KANAK-KANAK PEREMPUAN DUA TAHUN TERPERANGKAP DALAM KERETA
AYER KEROH 30 April – Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap dalam sebuah kereta hampir 30 minit sebelum diselamatkan pasukan bomba di Taman Semabok Perdana, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota termasuk komander operasi bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, menerusi panggilan diterima pihaknya dimaklumkan terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak terperangkap di dalam Proton Preve.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati terdapat seorang kanak-kanak berada di atas ‘car seat’ di tempat duduk bahagian belakang.
“Pasukan bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kereta untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Jelasnya, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum berjaya membawa keluar kanak-kanak itu dengan selamat dan diserahkan kepada keluarganya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
INISIATIF MBMB BANTU KURANGKAN 1.1 JUTA KILOGRAM KARBON DIOKSIDA
AYER KEROH 16 Mei - Program Anda Kitar Kami Bayar (AKKB) anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah membawa impak...
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...

