
Kanak-kanak perempuan enam tahun dilaporkan hilang ditemukan selamat – KP Selangor
KUALA LUMPUR 23 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lepas ditemukan selamat di Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata kanak-kanak terbabit dijumpai di kawasan Batang Kali.
“Ketua Polis Johor akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan dilapor meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Albertine Leo Jia Hui yang disedari hilang oleh bapanya di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri kira-kira 8.30 malam, pada Sabtu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES PUKUL: LAPAN PELAJAR KV DI MELAKA DIGANTUNG SEKOLAH
MELAKA, 9 Feb - Lapan pelajar sebuah kolej vokasional (KV) di Melaka digantung sekolah hingga maksimum dua minggu kerana disyaki...
MAIM TAMBAH BAIK BANTUAN UNTUK MUALAF MELAKA
KESIDANG 9 Februari – Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menambah baik bantuan untuk mualaf bagi memastikan...
MELAKA TERBUKTI MESRA, SAYANG RAKYAT
REMBIA 9 Februari - Inisiatif pemberian sumbangan setiap kali tiba musim perayaan membuktikan Kerajaan Melaka amat sayang dan cakna terhadap...
MPHTJ KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 9 Februari – Sambutan Tahun Baharu Cina bukan bukan sekadar perayaan, sebalik apa yang tersirat adalah ia menjadi...
TERUJA DAPAT ‘BONDING’ DENGAN GAJAH ZOO MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Pengalaman mendekati gajah dari dekat menjadi detik bermakna buat peserta Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)...
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
