KASA cadang Melaka laksana sistem bil bersepadu air dan pembetungan

BUKIT BERUANG 21 Mac – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mencadangkan Melaka melaksanakan sistem pengebilan bersepadu air dan pembetungan bagi menjimatkan kos bil utiliti air dan pembetungan di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaksanaan itu sekali gus menjadikan Melaka sebagai negeri ketiga selepas Terengganu dan Labuan sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada syarikat operator air di negeri ini.

“Bil bersepadu ini adalah satu kaedah bagi membantu kedua-dua pihak operator air di negeri ini bersama Syarikat Indah Water Konsortium supaya dapat menjana penjimatan dalam bil.

“Bil air dan bil pembetungan akan dimasukkan dalam satu bil sahaja akan memudahkan orang ramai menyelesaikan bil.

“Dengan bil bersepadu dia hanya sekali bayar bererti dia merangkumi bil air dan bil kumbahan. Jadi orang ramai tak perlu dua kali untuk menjelaskan bil,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Berendam, Melaka Bandaraya Bersejarah kepada Indah Water Konsortium, Bukit Beruang.

Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Zaidi Atan, Ketua Pengarah Jabatan Pekhidmatan Pembetungan, Ahmad Rozian Othman, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Nanderan Maniam dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Nanderan berkata, sekiranya ia dilaksanakan, IWK bercadang akan memberi bayaran sebanyak RM0.50 bagi setiap satu bil pada setiap bulan kepada syarikat operator air negeri yang bersambung dengan sistem tersebut menerusi loji rawatan air Melaka.

“Ia dianggarkan bakal memberi pendapatan tambahan sekitar RM2 hingga RM3 juta setahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Sukma 2022 dianjur hujung September
Next post Gagal EIA, pemaju tambak laut perlu penuhi syarat dan buat permohonan semula