
Kawasan R&R dibuka 24 jam setiap hari sepanjang musim perayaan
KUALA LUMPUR, 25 April – Semua kawasan rehat dan rawat (R&R) dan Hentian Sebelah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan serta keselesaan pelanggan lebuhraya sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata pihaknya akan menyediakan tandas tambahan dan lori tangki di R&R dan Hentian Sebelah bagi mengimbangi peningkatan jumlah pelanggan yang singgah di kawasan berkenaan.
“Bagi menguruskan trafik di kawasan-kawasan rehat, PLUS juga akan mendapatkan khidmat pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya kawasan rehat terlalu padat dan sesak sehingga memberi kesan kepada kelancaran perjalanan trafik di lebuh raya, ia mungkin terpaksa ditutup sementara sebelum dibuka secepat mungkin setelah keadaan kembali terkawal.
Selain itu terdapat 109 stesen minyak beroperasi di sepanjang lebuh raya PLUS untuk memudahkan pelanggan mendapatkan makanan dan menggunakan tandas serta surau selain mengisi minyak.
PLUS menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya antara 29 April hingga 9 Mei.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASAHAN PERNAH ADA ‘LAPANGAN TERBANG’?
ASAHAN 4 Mei - Siapa sangka di sebalik sebuah kampung yang terletak di hujung Melaka terdapatnya sebuah kawasan yang dahulunya...
WRUR AYER MOLEK: PERPUSTAKAAN KOMUNITI SRI KANDANG PERKASA BUDAYA MEMBACA
AYER MOLEK 4 Mei - Kewujudan sebuah perpustakaan komuniti di Taman Sri Kandang bakal memperkasa budaya membaca dan seterusnya melahirkan...
‘MASJID TUA’ MACHAP SAKSI BISU SEJARAH, PERPADUAN
MACHAP JAYA 4 Mei - Di hujung jalan diteduhi deretan pokok kelapa sawit terletaknya panorama memukau iaitu sebuah masjid tua...
WRUR AYER MOLEK: KONVOI TURUN PADANG LAMBANG MBMB SAYANG RAKYAT
AYER MOLEK 4 April - Pendekatan turun padang menerusi Konvoi MBMB Sayang Rakyat (MeSRa) bukan sahaja merapatkan hubungan dengan komuniti...
GASING PANGKAH IDENTITI FELDA BUKIT SENGGEH
ASAHAN 4 Mei - Gelanggang gasing pangkah yang dulunya uzur dan bocor kini tersergam indah dan lebih moden selepas kerja...
AYAM KAMPUNG JADI REBUTAN
ASAHAN 4 Mei - Ternakan ayam kampung di Kampung Masjid Baru di sini habis licin dijual setiap kali Ramadan dan...
