Kebajikan masyarakat India tidak dilupa – KM

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 25 Okt. – Kerajaan negeri menyalurkan sumbangan Deepavali kepada seramai 160 masyarakat India bagi Parlimen Hang Tuah Jaya, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata sumbangan itu sekali gus membantu golongan kelainan upaya (OKU), warga emas serta golongan kurang berkemampuan.

“Alhamdulillah syukur dapat membantu golongan ini, ini bukti bahawa kerajaan negeri tidak pernah melupakan rakyat di negeri ini tidak mengira bangsa dan agama.

“Inilah budaya kita, hidup dalam pelbagai etnik berbilang kaum seperti Melayu, India dan Cina itulah keunikan negeri dan negara kita,” katanya.

SULAIMAN berucap dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2021 Negeri Melaka di Dewan Seri Bendahara.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Deepavali Tahun 2021 Negeri Melaka di Dewan Seri Bendahara, hari ini.

Ujarnya pada tahun ini seramai 1,120 masyarakat India akan menerima sumbangan Deepavali daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, penerima sumbangan, S.P Inndralandi, 52, ketika ditemui bersyukur menerima sumbangan buat pertama kali sekali gus meringankan bebannya untuk melakukan persiapan sambutan Deepavali.

S.P Inndralandi

“Saya kerja sebagai operator, persediaan Deepavali sedang berjalan, terima kasih banyak kepada kerajaan negeri kerana saya memang perlukan sumbangan untuk sambutan Deepavali nanti.

“Dapatlah membantu sedikit perbelanjaan sebab biasanya lebih RM2,000 kami belanjakan untuk perayaan itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

721
Kongsi :
Previous post Bersatu cadang SOP PRN Melaka diperhalusi lagi
Next post Pejuang tidak bertanding di PRN Melaka
Ubah saiz-+=