
Kedudukan kewangan PBT Melaka dalam keadaan baik
AYER KEROH 22 Julai – Kedudukan kewangan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami defisit yang membimbangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, kedudukan itu direkodkan bagi tempoh enam bulan pertama 2020 berbanding tempoh sama 2014 sehingga 2019.
“Setakat Jun lalu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima hasil RM83.87 juta dengan perbelanjaan RM58.46 juta, manakala Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menerima hasil RM20.49 juta dengan perbelanjaan RM20.56 juta.
“Diikuti, Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima hasil RM12.73 juta dengan perbelanjaan RM10.26 juta dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dengan hasil RM36.38 juta dan perbelanjaan sebanyak RM36.23 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) mengenai pendapatan, hasil serta perbelanjaan kerajaan negeri untuk tempoh enam bulan pertama 2020 pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
YB RAIS DENGAR DENYUT NADI PENIAGA PASAR MALAM
PAYA RUMPUT 12 Februari - Program Walkabout tiga pasar malam utama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara...
DIJEMPUT KE TANAH SUCI SELEPAS TIGA BULAN PELUK ISLAM
KESIDANG 11 Februari - Rezeki tidak disangka buat seorang wanita mualaf apabila hanya tiga bulan selepas memeluk Islam dia terpilih...
LALUAN PEJALAN KAKI, KANTIN BAHARU UNTUK WARGA SK SIMPANG EMPAT
TABOH NANING 11 Februari - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat menerima kemudahan kantin dan laluan pejalan kaki berbumbung baharu...
PENERIMA RUMAH MESRA RAKYAT DI MELAKA DIMINTA TIDAK CULAS LUNAS PINJAMAN
PAYA RUMPUT 11 Februari - Kerajaan Negeri meminta penerima skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad...
‘HOHO CRUISE’ DILANCAR 14 FEBRUARI, TEROKA MELAKA DARI PERSPEKTIF BERBEZA
DUYONG 11 Februari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan pakej Hop-On Hop-Off (HOHO) Cruise pada 14...
YB RAIS PRIHATIN NASIB RAKYAT BERBILANG KAUM
PAYA RUMPUT 11 Februari - Inisiatif berterusan Kerajaan Negeri yang mengagihkan sumbangan bantuan setiap kali musim perayaan membuktikan keprihatinan terhadap...
