
KELINDAN MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN LORI DAN TRELER
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam Pegawai Bomba Kanan II Nazrul Rahman Rosdi berkata nahas itu berlaku pada 8.55 pagi membabitkan lori lima tan membawa aksesori bilik mandi dan sebuah treler yang membawa muatan mesin pengadun.
Beliau berkata sebanyak enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, tiga mangsa didapati terlibat dalam kejadian itu.
“Seorang lelaki yang juga kelindan lori lima tan berusia 26 tahun disahkan maut oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah manakala pemandu lori dan treler yang masing-masing berusia 40 dan 34 tahun itu pula selamat.
“Operasi kemudian ditamatkan pada 9.10 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...


