
‘Kemarau panjang’ sudah tamat, Malaysia layak ke Piala Asia 2023
SKUAD Harimau Malaya menamatkan penantian 43 tahun apabila mengesahkan tiket beraksi di Piala Asia 2023 secara merit.
Keputusan itu diraih anak buah Kim Pan Gon selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir kumpulan E yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan keputusan itu, Malaysia berjaya muncul naib juara kumpulan di belakang Bahrain.
Dalam aksi tersebut, skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-16 selepas Safawi Rasid berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
Namun, Bangladesh berjaya mengikat semula kedudukan pada minit ke-31 menerusi Mohammad Ibrahim.
Keputusan itu tidak kekal lama apabila Dion Cools kembali meletakkan skuad negara di depan tujuh minit berselang, sekali gus membantu Malaysia mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua, pemain negara meneruskan rentak cemerlang selepas kapten pasukan Syafiq Ahmad berjaya menyumbak gol ketiga pada minit ke-47.
Darren Lok melengkapkan malam gemilang buat Harimau Malaya apabila berjaya menjaringkan gol keempat sekali gus menceriakan lebih 50,000 penyokong yang hadir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
