Kemenangan BN buka lembaran baharu Johor

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JOHOR BAHRU 13 Mac – Kemenangan Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menandakan negeri itu membuka lembaran baharu dalam tampuk pentadbiran kerajaan negeri.

Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan itu sekali gus memastikan rakyat Johor dapat menikmati keamanan dan kesejahteraaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, kejayaan itu diperolehi hasil kerja keras UMNO dan parti komponen untuk merampas semula kerajaan negeri.

“Bersyukur ke hadrat Allah S.W.t kerana malam ini malam bagi kita membuka lembaran baharu untuk kerajaan BN yang akan ditubuhkan pada bila-bila masa.

“Secara rasmi kita dapat tahu bahawa BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Terima kasih semua pimpinan, rakan-rakan kepimpinan parti komponen dan seluruh kepimpinan semua peringkat.

“Sebagai Pengarah pilihan raya saya menjalankan tugas untuk membantu, kita ambil semula kerajaan Johor daripada Pakatan Harapan yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan kemenangan BN di Command Centre di Jalan Yahya Awal di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi;Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

708
Kongsi :
Previous post Usah lalai menang di Johor, BN perlu fikir strategi menang PRU – Annuar
Next post Semut, Raya and Sumatera
Ubah saiz-+=