Sorting by

×

KENALI SIAPA SEBENARNYA ENRIQUE DE MALACA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KLEBANG 24 September – Pameran Pelayaran Bersejarah Wira Laut Dunia: Enrique de Malaca@ Panglima Awang dibahagikan kepada lima segmen penting yang mengetengahkan kisah anak watan Melaka menjadi antara insan terawal mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan sekitar abad ke-16.

Kurator Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Mohd Shukry Abdullah berkata pameran itu mengangkat kembali nama Enrique lebih sebagai tokoh laut dunia yang berasal dari Kota Melaka.

Katanya, lima segmen itu meliputi Pengenalan Enrique De Malaca; segmen 2, Pelayaran Bersejarah; segmen 3 Wasiat Ferdinand Maggelan; segmen 4 Kemana Perginya Enrique? dan segmen 5 Jasa dan Legasi Pelayaran Dunia.

“Selama ini nama Enrique kurang diketengahkan dan menerusi pameran ini kita mahu masyarakat berbangga kerana beliau adalah anak jati Melaka yang berlayar bersama Armada Maluku dan dipercayai menjadi orang pertama mengelilingi dunia.

“Pameran ini menggunakan ejaan asal M-A-L-A-C-A sebagaimana tercatat dalam dokumen Sepanyol, di samping memperlihatkan perjalanan 10 tahun pelayaran beliau yang penuh cabaran,” katanya kepada Melaka Hari ini ketika ditemui pada pameran itu yang berlangsung di Encore Melaka.

Mengulas lanjut, Mohd Shukry berkata pameran tersebut diadakan bersebelahan Laut Selat Melaka menjadikan pameran itu lebih bermakna.

“Menerusi pameran ini, kita mahu mengajak masyarakat merenung kembali kehebatan Melaka sebagai kerajaan besar Alam Melayu yang pernah melahirkan tokoh laut bertaraf dunia seperti Enrique De Malaca,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

386
Kongsi :
Previous post EMPAT MOTOSIKAL BERGESEL DI LINKEDUA, DUA PENUNGGANG MAUT
Next post KARNIVAL RAKYAT DAN KERJAYA DUN TABOH NANING MERIAH