
Keputusan PRN Melaka dibuat secara unilateral
AYER KEROH 5 Okt. – Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat secara unilateral tanpa perbincangan antara semua pihak.
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah, Datuk Ginnie Lim Siew Lin berkata, keputusan dibuat itu meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan pandemik COVID-19.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machap Jaya berkata, sekiranya kesihatan awam rakyat terjejas akibat PRN, UMNO perlu bertanggungjawab mengenai perkara itu.
“Namun, kami menerima cabaran ini bagi mengembalikan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Ini merupakan satu peluang untuk rakyat Melaka bersuara dan memberi mesej yang jelas kepada pimpinan politik baik di peringkat negeri mahupun nasional tentang hala tuju negara,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.
Beliau bagaimanapun berazam untuk mempertahankan DUN berkenaan agar kemenangan kembali berpihak kepada Pakatan Harapan (PH).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...

