
Kerajaan tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan tetapi sebagai sebuah keluarga
Konsep Keluarga Malaysia memberi penekanan kerajaan kini tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan, sebaliknya sebagai sebuah keluarga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkata konsep itu bermakna kerajaan mengamalkan sikap saling menyayangi antara satu sama lain.
“Keluarga Malaysia adalah saling memahami, saling bertoleransi dan saling menyayangi. Bukan sahaja menjaga diri kita sendiri, tetapi juga ahli keluarga yang lain. Konsep inilah yang diterapkan dalam kerajaan.
(Bermakna) Bukan lagi bekerja sebagai satu pasukan, tetapi bekerja sebagai satu keluarga. Terima kasih semua ahli Keluarga Malaysia. Kalian semua amat dekat di hati saya,” kata beliau dalam hantaran itu hari ini.
Ismail Sabri sebelum ini telah melancarkan konsep Keluarga Malaysia yang bertunjangkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri Kesembilan itu menerusi ucapan sulungnya selepas dilantik menerajui tampuk kerajaan, pada 22 Ogos lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
