
Kereta terbabas langgar pagar Istana Besar
JOHOR BAHRU, 3 Jun – Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku akibat permukaan jalan raya yang licin.
“Lelaki itu memandu kereta berseorangan. Keretanya terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan juga mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk dan saringan ujian air kencing yang dibuat ke atas lelaki itu juga negatif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pemandu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan satu video berdurasi tiga saat memaparkan sebuah kereta merempuh pagar istana sehingga mengakibatkan pagar tersebut mengalami kerosakan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SEMBUH JIWA’ DI VILLA TETC
RIM 2 Mac - Menawarkan penginapan indah dengan panorama keindahan tasik dan alam semulajadi menghijau menjadikan Villa Taman Ekstrem Tasik...
MELAKA LAKSANA 91 ‘JUALAN MURAH BERGERAK’ SEPANJANG RAMADAN
AYER KEROH 2 Mac - Sebanyak 113 Program Jualan Rahmah Madani termasuk 91 daripadanya secara bergerak akan dilaksanakan sekitar Melaka...
PPSPM MENGUKIR SENYUMAN SEPANJANG RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 2 Mac - Inisiatif kongsi rezeki diteruskan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) sepanjang Ramadan dengan menyantuni...
MASJID SELAT TERIMA HAMPIR 500 JEMAAH IFTAR SETIAP HARI
BANDA HILIR 2 Mac - Masjid Selat, di sini, terus menjadi tumpuan umat Islam dalam dan luar negara sepanjang Ramadan...
DEMI KESELAMATAN RAKYAT, KETUA MENTERI TINJAU SIMPANG ‘BERDARAH’ LONDANG
TANJUNG BIDARA 2 Mac – Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap keselamatan rakyat terus dizahirkan apabila...
MELAKA SAMBUT BAIK USAHA NGO SOKONG ASPIRASI ‘MESRA’
BANDA HILIR 2 Mac - Kerajaan Negeri menyambut baik inisiaitf mana-mana NGO atau persatuan yang menganjurkan program-program membabitkan aspek kebajikan...
