
Kereta terbabas langgar pagar Istana Besar
JOHOR BAHRU, 3 Jun – Sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun terbabas lalu melanggar pagar Istana Besar di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku akibat permukaan jalan raya yang licin.
“Lelaki itu memandu kereta berseorangan. Keretanya terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan juga mendapati pemandu tidak berada dalam keadaan mabuk dan saringan ujian air kencing yang dibuat ke atas lelaki itu juga negatif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata pemandu tersebut dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan satu video berdurasi tiga saat memaparkan sebuah kereta merempuh pagar istana sehingga mengakibatkan pagar tersebut mengalami kerosakan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:


Berita Lain
3.5 JUTA PELANCONG KESIHATAN PILIH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 November - Melaka merekodkan lebih 3.5 juta kedatangan pelancong kesihatan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, sekali...
KUM LEPASI SASARAN, MELAKA MILIKI 1,477 TIANG FIBER GUNA SAMA
AYER KEROH 27 November - Koridor Utiliti Melaka (KUM) Sdn Bhd berjaya melepasi sasaran pemasangan 1,000 tiang fiber guna sama...
AYAM MENTAH: MARA TENTUKAN NASIB PEMBEKAL MAKANAN MRSM
RIM 27 November - Sebarang tindakan lanjut terhadap pembekal makanan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba susulan insiden...
‘MENJIWAI RAKYAT’, MESEJ UTAMA BAJET MELAKA 2027
BANDARAYA MELAKA 27 November - Keperluan dan kesejahteraan rakyat bakal menjadi antara keutamaan dalam perangkaan Bajet Negeri Melaka 2027 yang...
TIADA LAGI SURAT LAYANG, MBMB SEDIA KOD QR ADUAN SALAH LAKU
BANDA HILIR 27 November - Orang awam kini boleh melaporkan sebarang salah laku membabitkan anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)...
MELAKA MAMPU BEKAL TENAGA KERJA INDUSTRI SEMIKONDUKTOR
BANDARAYA MELAKA 27 November - Keupayaan Melaka menyediakan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semikonduktor terus diperkukuh menerusi sokongan...
