
Kes baharu menurun lagi kepada 14,954 – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR 19 Sept. – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia menurun untuk empat hari berturut-turut apabila 14,954 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam, Malaysia merekodkan 15,549 kes, berbanding 17,577 kes (Jumaat), 18,815 kes (Khamis) dan 19,495 kes (Rabu).
Dr Noor Hisham menerusi laman Twitter dan Facebook memaklumkan angka kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 2,097,830.

Menurut beliau, Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,707 kes, diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).
Negeri yang merekodkan kes baharu di bawah 1,000 pula ialah Kedah dengan 809 kes, Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Perlis (76) dan Putrajaya (19), manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan.
Sementara itu, menerusi maklumat infografik yang dimuat naik, Dr Noor Hisham memaklumkan kapasiti dan penggunaan katil hospital COVID-19 hingga 5 petang semalam ialah 67 peratus daripada 17,028 katil bagi penggunaan bukan unit rawatan rapi (ICU) manakala bagi katil ICU kes wabak itu ialah 72 peratus daripada 1,611 katil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘HEBAT’ SEMAKIN DITERIMA, BUKTI KERAJAAN MELAKA SAYANG RAKYAT
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) terbukti menjadi platform berkesan...
PUSAT DATA AI PERTAMA DIBANGUNKAN DI MELAKA DENGAN NILAI PELABURAN LEBIH RM9 BILION
SERI NEGERI 4 Februari - Melaka bakal memiliki sebuah pusat data (data centre) berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di...
DR. AKMAL MASIH MENJALANKAN TUGAS EXCO – KM
SERI NEGERI 4 Februari - Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh masih menjalankan tugas sebagai Exco Kerajaan Negeri sehingga keputusan peletakan...
KAGUM WIBAWA ‘YB HELMY’, LEE KIM CHOO MAHU PINDAH KE DUYONG
SERI NEGERI 4 Februari - Keterujaan jelas terpancar pada wajah, Lee Kim Choo, 54, ketika menyatakan hasrat untuk menukar alamat...
HEBAT SIRI 1/2026 SELESAI 271 ADUAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) siri pertama tahun 2026...
ASNAF MAIM BERSYUKUR ADA CAHAYA SAMBUT RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 4 Februari - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila...

