Sidang DUN: RUU Enakmen Perbadanan M-WEZ dibentang

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 20 Sept – Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Negeri Melaka 2021 (M-WEZ) antara tiga usul yang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kali ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata
selain itu, dua usul lain turut akan dibentang, dibahas dan disokong
pada Persidangan Pertama Penggal Keempat itu bermula hari ini sehingga Khamis ini.

“Pertama adalah usul ucapan terima kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam atas ucapan perasmian pembukaan.

“Kedua adalah pembentangan RUU bernama Enakmen Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Negeri Melaka 2021.

“Dan yang ketiga adalah usul untuk memperkukuhkan dan memperkasasakan Ajaran Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kepada masyarakat di negeri Melaka,” katanya ketika berucap pada hari pertama sidang DUN hari ini.

Ab Rauf Yusoh berkata, persidangan kali ini juga menyaksikan sebanyak 109 pertanyaaan lisan dan 164 pernyataan bertulis telah diterima untuk dijawab oleh pihak kerajaan.

“Seterusnya seterusnya seramai enam ahli Yang Berhormat (YB) dipilih untuk berucap semasa sesi ucapan penangguhan nanti.

“Pertama YB Bemban (DAP), Rim (BN), Duyung (DAP), Ayer Limau (BN), Kesidang (DAP) dan Tanjung Bidara (BN),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

495
Kongsi :
Previous post Kes baharu menurun lagi kepada 14,954 – Dr Noor Hisham
Next post Pantau dan bendung penyebaran ajaran sesat- TYT
Ubah saiz-+=