
Pantau dan bendung penyebaran ajaran sesat- TYT
SERI NEGERI 20 Sept. – Penyebaran ajaran Islam yang menyeleweng dan bertentangan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah di Melaka perlu sentiasa dipantau supaya tidak terus merebak dan merosakkan akidah rakyat.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam berkata, perkara itu penting dalam aspek memartabatkan syiar Islam.
“…saya berharap pentadbiran kerajaan dapat memberikan perhatian serius terhadap usaha membendung isu penyebaran ajaran Islam yang menyeleweng dan salah dari segi prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Suka untuk saya menyeru agar usaha-usaha untuk menerapkan ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu diambil serius dan difahami dengan sebenar-benarnya dalam kalangan seluruh umat Islam di Melaka khususnya.
“Selain itu, penyebaran ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan haram di negeri Melaka hendaklah sentiasa dipantau agar tidak terus merebak dan merosakkkan pegangan akidah rakyat negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...

