PRN MELAKA: RIDHWAN SEDIA SAMBUNG PERJUANGAN BN DI AYER MOLEK

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER MOLEK 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali menghargai sokongan dan komitmen jentera parti yang hadir memberikan sokongan kepadanya sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, hari ini.

Beliau berkata, kehadiran penyokong serta jentera parti yang menunjukkan solidariti itu mencerminkan semangat kebersamaan dalam usaha BN menghadapi pilihan raya kali ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong BN dan juga pasukan yang bersama-sama menunjukkan solidariti serta komitmen untuk memastikan Negeri Melaka kita birukan.

“Insya-Allah, saya bersedia untuk bersama-sama dengan masyarakat dan kita doakan semoga BN terus kekal di Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Kompleks Japerun Ayer Molek, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ridhwan tiba di PPC Dewan Kompleks Japerun Ayer Molek kira-kira jam 8 pagi dengan diiringi Bendahari Agung BN merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Dalam pada itu, Mohd Ridhwan turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan untuk mewakili BN bagi kerusi N18 Ayer Molek.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

361
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: ORANG MERLIMAU DAPAT BEZAKAN KACA DAN PERMATA – ONN HAFIZ
Next post PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED