DUA PEGAWAI KANAN PENTADBIRAN MELAKA GENGGAM DTM DI KONVOKESYEN UTEM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DURIAN TUNGGAL 31 Oktober – Dua pegawai kanan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka melakar pencapaian tersendiri apabila masing-masing dianugerahkan Ijazah Doktor Pengurusan Teknologi (DTM) pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Ke-22, di sini, hari ini.

DTM merupakan penganugerahan pertama kepada empat graduan sulung UTeM.

Penganugerahan DTM kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka, Datuk Dr. Mohd Yusof Abu Bakar dan Pengurus Besar Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) (CMI), Datuk Dr. Ahmad Azlan Ahmad Salleh, berlangsung di Dewan Canselor UTeM dan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor UTeM, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Kedua-duanya merupakan antara 96 graduan yang menerima ijazah kedoktoran pada majlis konvokesyen berkenaan.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dalam ucapan alu-aluan berkata, majlis konvokesyen kali ini mencatat sejarah apabila meraikan seramai 3,578 graduan, jumlah tertinggi sejak penubuhan universiti berkenaan.

Daripada jumlah itu, seramai 206 graduan dianugerahkan ijazah sarjana, 2,816 menerima ijazah sarjana muda, manakala 460 lagi menerima diploma.

Mengulas pencapaian universiti, beliau berkata kadar kebolehpasaran graduan UTeM bagi tahun 2025 mencapai 98.7 peratus, sekali gus mencatat rekod tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Beliau turut mengingatkan para graduan supaya sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka sehingga berjaya menamatkan pengajian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

278
Kongsi :
Previous post RM79.12 JUTA UNTUK 44 PROJEK PEMBANGUNAN DESA DI MELAKA – AHMAD ZAHID
Next post PRN MELAKA: DR. AKMAL TIDAK KEJAR MAJORITI BESAR, UTAMAKAN KEPERCAYAAN RAKYAT