PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 31 Oktober – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Datuk Harun berkata, bilik gerakan itu beroperasi di Pejabat SPRM Negeri Melaka, Jalan Alai Perdana, Taman Alai bagi tempoh 31 Oktober sehingga 14 November.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan menerusi talian bilik gerakan di 06-2896303 atau talian pejabat am 06-2896000.

“Aduan juga boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp 24 jam di talian 011-26791569 atau e-mel [email protected],” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 Hari Penamaan Calon yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri di Menara Persekutuan, di sini hari ini.

Menurut Ramlan, sepanjang tempoh berkempen juga sebarang bahan kempen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) tidak dibenarkan.

“Bahan kempen yang mengandungi perkataan-perkataan yang boleh mengembangkan perasaan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau hasutan yang boleh mendatangkan permusuhan tidak dibenarkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

456
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN