
Kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 di Melaka menurun
AYER KEROH 16 Ogos – Melaka merekodkan penurunan jumlah pesakit COVID-19 kemasukan ke hospital iaitu kategori 3, 4 dan 5, meskipun mencatat angka kes harian tertinggi setakat ini.
Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada 1,120 kes baharu COVID-19 hari ini, hanya 16 daripadanya diklasifikasikan sebagai kategori 3, 4 dan 5.
Selebihnya pula adalah kes kategori 1 dan 2, iaitu pesakit yang tidak bergejala atau bergejala ringan.
“Untuk makluman bagi kes pada hari ini, pesakit kategori 1 mencatat jumlah yang tertinggi iaitu seramai 749 kes diikuti kategori 2 sebanyak 355 kes.
“Selain itu, terdapat 12 pesakit berada dalam kategori 3, tiada pesakit di kategori 4 dan hanya empat pesakit di kategori 5.
“Ia menjadikan kes kemasukan ke hospital iaitu pesakit kategori 3, 4 dan 5 hanya 16 pesakit atau bersamaan 1.4 peratus sahaja daripada keseluruhan 1,120 kes hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Rahmad memaklumkan, peningkatan mendadak kes harian pada hari ini adalah disumbangkan daripada Kluster Industri Tangga Batu, iaitu membabitkan pekerja sebuah kilang pembuatan pakaian pelindung diri (PPE).
Kluster berkenaan merekodkan pertambahan 636 kes baharu atau bersamaan 56.8 peratus daripada keseluruhan 1,120 kes hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TEMA MELAKA SAYANG RAKYAT TERCAPAI
AYER KEROH 29 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menyentuh hati...
RAYA DI RIM HIMPUN RAKYAT BERBILANG KAUM BAWAH SATU BUMBUNG
RIM 29 Mac - Kehadiran masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim...
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...

