
KETUA FOTO, WARTAWAN MHI TERIMA PINGAT JASA KEBAKTIAN
SERI NEGERI 26 Ogos – Ketua Unit Fotografi Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd, Iqmal Haqim Rosman dan wartawan MHI Liana Sahabudin antara pengamal media yang dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2026.
Turut menerima pingat sama ialah wartawan Kosmo!, Diyanatul Atiqah Zakarya, pada istiadat yang berlangsung sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini.
Selain pengamal media, pegawai media kepada Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Mohd Haziq Ibrahim turut menerima P.J.K pada istiadat berkenaan.
Terdahulu, penganugerahan pingat berkenaan telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
P.J.K mula dikurniakan pada 1971 kepada orang perseorangan yang telah memberi perkhidmatan serta sumbangan yang baik kepada masyarakat dalam pelbagai bidang.
Penganugerahan itu menjadi pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan penerima dalam melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada masyarakat dan Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

