
Ketua Menteri solat Subuh bersama 700 jemaah di Masjid Al-Azim
BUKIT PALAH 20 Feb – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hadir menunaikan solat subuh berjemaah sempena Majlis Subuh Perdana di Masjid Al-Azim, hari ini.
Solat subuh itu disertai kira-kira 700 jemaah dengan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Al Azim, Datuk Muhammad Hashim Al-Hafiz.
Selesai menunaikan solat Subuh, Sulaiman bersama jemaah lain mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Arif.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Mufti Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan Exco Kerja Raya, Datuk Rahmad Mariman serta lain-lain kenamaan.
Terdahulu, beliau hadir di perkarangan masjid kira-kira jam 6.10 pagi ditemani isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 70,000 ‘GEGAU’ RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0
AYER KEROH 14 Disember - RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 berjaya menarik kehadiran lebih 70,000 pengunjung di Dataran...
MELAKA KOMITED ANJUR KONVENSYEN PELANCONGAN SETIAP TAHUN
AYER KEROH 13 Disember - Kerajaan Negeri komited meneruskan konvensyen dan sesi libat urus bagi memperkasa sektor pelancongan negeri. Exco...
KHATAM AL-QURAN PERTAMA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
Oleh: Fitri Shareena Abdul Rahim BANDA HILIR 13 Disember — Bumi Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menyaksikan...
PELAJAR KERAP PONTENG SEKOLAH AKAN DITARIK KEISTIMEWAAN
AYER KEROH 13 Disember – Murid dan pelajar yang kerap ponteng sekolah berdepan risiko hilang keistimewaan serta kelayakan menerima bantuan...
JUALAN MURAH SETIAP BULAN DI DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 13 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menjadi yang pertama di negeri mengadakan program jualan...
USAHA TRANSFORMASI PENDIDIKAN MELAKA SUATU PELABURAN MENGUNTUNGKAN
AYER KEROH 13 Disember - Langkah awal Melaka melakukan transformasi pendidikan dengan menganjurkan Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka berpotensi menjadi...
