
KETUA MENTERI ZAHIR UCAPAN TAHNIAH ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI AGONG
AYER KEROH 1 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ab Rauf mendoakan Seri Paduka Baginda sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan serta keberkatan yang berpanjangan dalam menerajui pemerintahan negara dengan penuh kebijaksanaan, kewibawaan dan kedaulatan demi kemakmuran Malaysia.
“Patik juga memohon ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Zarith Sofiah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah-Nya, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan serta kesejahteraan yang berkekalan,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Menteri turut menitipkan doa agar institusi Raja Berperlembagaan terus kekal utuh sebagai payung perpaduan, lambang kedaulatan negara dan tunjang kestabilan rakyat demi menjamin keamanan, keharmonian serta kemajuan negara yang berterusan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
