Sorting by

×

KHATAN PERCUMA TANDA KEPRIHATINAN MAIM UNTUK ANAK ASNAF

Masa Membaca:53 Saat

BUKIT KATIL 23 Disember – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) komited meneruskan aktiviti kemasyarakatan yang memfokuskan kebajikan golongan asnaf menerusi program berkhatan secara percuma.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah berkata, program itu bukan sekadar aktiviti tahunan tetapi bukti keprihatinan terhadap golongan memerlukan khususnya anak-anak asnaf.

“Sudah tentu ia membawa makna besar dari sudut tuntutan agama, kebersihan, kesihatan serta simbol kasih sayang masyarakat.

“Bagi anak-anak asnaf, program ini sangat membantu meringankan beban keluarga selain memberikan pengalaman lebih tenang kerana dilaksanakan secara tersusun dan dikendalikan petugas berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Khatan Anak Asnaf MAIM (Khas) 2025 di Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis.

Menurut Rosli, program itu membuktikan bahawa tiada sesiapa yang dipinggirkan, sebaliknya masyarakat dibentuk melalui semangat menyantuni dan saling menguatkan.

“Saya meminta ibu bapa agar mematuhi panduan penjagaan selepas berkhatan yang diberikan oleh petugas kesihatan demi keselamatan anak-anak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

395
Kongsi :
Previous post PBT ‘JENTERA’ UTAMA MELAKA SEJAHTERAKAN RAKYAT
Next post BELANJAWAN MELAKA 2026: EKONOMI BERDISIPLIN, PEMBANGUNAN MAMPAN TERAS NEGERI