Kilang proses ayam diarah tutup, 175 pekerja positif COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TANJUNG BIDARA 23 Mei – Kilang memproses ayam terbesar di daerah ini di Kawasan Perindustrian Masjid Tanah, di sini diarah menghentikan operasi mulai semalam hingga 4 Jun depan.

Ini kerana seramai 175 pekerja syarikat berkenaan, kebanyakannya pekerja asing disahkan positif COVID-19 hari ini selepas menjalani ujian calitan.

Menjelaskannya, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini kumpulan pekerja terbabit belum diberikan istilah kluster tertentu.

RAHMAD (dua dari kanan) meninjau rumah pangsa PKNM berhampiran Kawasan Perindustrian Masjid Tanah.

“Penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang bakal dijadikan tempat mereka dikuarantin,” katanya di sini hari ini.

Kerajaan negeri juga berbincang dengan pihak pengurusan syarikat itu kemungkinan untuk memindahkan pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian itu.

Ini kerana asrama pekerja asing sedia ada di rumah kedai
berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai, katanya.

Beliau berkata, ujian calitan masih diteruskan terhadap baki
kira-kira 600 pekerja hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang
dijangkiti pandemik berbahaya itu.

Semalam negeri ini mencatatkan 175 kes positif baharu, iaitu 65 kes di daerah Alor Gajah manakala Melaka Tengah (75 kes) dan Jasin (35 kes).
Daripada jumlah itu, 170 membabitkan kes tempatan, selain kes import (tiga kes) dan banduan OKT (dua kes).

Jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,244, termasuk 55 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kes kematian dicatatkan semalam, membabitkan lelaki berusia 68 tahun yang ada penyakit kencing manis dan hyperkolesterol, sekali gus menjadikan jumlah kematian setakat semalam seramai 38 kes.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

933
Kongsi :
Previous post PKP 3.0 yang diperketatkan beri kesan 1 peratus ke atas KDNK- Tengku Zafrul
Next post SKMM nafi keluar arahan untuk PDRM rampas telefon Syed Saddiq
Ubah saiz-+=