
KKM keluar kompaun bernilai RM1.02 juta atas kesalahan merokok
Beliau berkata sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan daripada 17,719 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata 2,642 kompaun bernilai RM1.3 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.
“Sebanyak 437 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan 64 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda bernilai RM140,700,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 6,818 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas, dengan 154 premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
“Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah bagi menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE JAMBOREE TARIK 1,000 PENYERTAAN TERMASUK WAKIL 10 NEGARA LUAR
RIM 10 Oktober - Pertandingan sukan basikal lasak di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, Jasin semakin semakin mendapat sambutan termasuk...
ZON BEBAS KENDERAAN LUBUK REZEKI 200 PENIAGA
BANDA HILIR 10 Oktober - Pelaksanaan inisiatif Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir bukan sahaja mewujudkan suasana lebih selesa dan...
ECO CRUISE BAWA PELANCONG, PENDUDUK KAMPUNG TUAI REZEKI
AYER LIMAU 10 Oktober - Kehadiran produk pelancongan Eco Cruise Sungai Linggi bukan sahaja menawarkan pengalaman menikmati keindahan alam semula...
DUN AYER LIMAU BAKAL MILIKI SEKOLAH AGAMA BERASRAMA PENUH
AYER LIMAU 10 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau bakal memiliki sebuah sekolah menengah kebangsaan agama berasrama penuh...
BUKAN SEKADAR ‘SULAM’ WARISAN, KOPERASI BABA NYONYA MELAKA ‘UKIR’ PELUANG
BANDAR HILIR 10 Oktober - Daripada menghasilkan kebaya, kasut manik dan kerongsang, sebuah koperasi berteraskan warisan Baba Nyonya di Melaka...
10 ANAKONDA HIJAU LAHIR DI MELAKA, BAKAL CIPTA REKOD
AYER KEROH 10 Oktober - Melaka melakar sejarah apabila seekor induk anakonda hijau (Eunectes murinus) di sebuah pusat pelancongan di...
