Kluster pendidikan di Melaka meningkat kepada 11

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 4 Feb – Melaka merekodkan pertambahan dua lagi kluster COVID-19 berkaitan pendidikan, hari ini, menjadikan keseluruhan 11 kluster pendidikan telah direkodkan setakat ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memaklumkan dua kluster baharu itu membabitkan istitusi pendidikan di daerah Melaka Tengah iaitu Kluster Jalan Plaza Pandan dan Kluster Jalan Durian Daun.

Kluster Jalan Plaza Pandan tercetus membabitkan pelajar yang tinggal di rumah sewa.

Penularan itu melibatkan sebuah rumah sewa pelajar perempuan dan dua buah rumah sewa pelajar lelaki.

Hasil siasatan dan penilaian risiko mendapati kepadatan penghuni dalam rumah sewa hingga menyukarkan penjarakan fizikal menyebabkan kluster itu mula merebak.

“Setakat ini sebanyak 16 kes positif telah direkodkan membabitkan kluster ini,” kata kenyataan itu.

Manakala, Kluster Jalan Durian Daun pula melibatkan seramai 19 pelajar positif COVID-19 termasuk kes indeks.

Kluster itu dipercayai telah merebak sehingga ke generasi kedua.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri turut memaklumkan sebanyak 252 kes baharu direkodkan hari ini membabitkan 220 kes tempatan, tujuh kes import A dan 25 kes import B.

Selain itu, terdapat 321 kes sembuh direkodkan hari ini.

Setakat ini, seramai 1,928 pesakit masih dirawat, termasuk empat daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dua memerlukan alat bantuan pernafasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1010
Kongsi :
Previous post Lalitha dakwa kandungan artikel berkaitan Azam Baki diperoleh daripada sumber sah
Next post Lelaki disyaki terjun flat selepas tikam isteri
Ubah saiz-+=