
Kompang Cina meriahkan Festival Merakyatkan Seni Budaya @Jonker Walk
BANDA HILIR 27 Julai – Pertunjukan Kompang oleh pelajar berketurunan Cina antara persembahan silang budaya ditampilkan pada Festival Merakyatkan Seni dan Budaya @Jonker Walk pada 28 hingga 30 Julai ini.
Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya, Datuk Ronald Gan berkata, persembahan unik itu dijayakan oleh pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Beruang.
Katanya, antara persembahan lain akan ditampilkan adalah tarian singa, tarian naga dan tarian Barongan daripada kumpulan kesenian.
“Festival tiga hari ini melibatkan lebih 100 pemain industri seni budaya, pelajar dan ahli kelab kesenian yang akan membuat persembahan bermula dari jam 8.30 pagi hingga tengah malam.
“Pada hari kedua pula, kita akan mengadakan Konsert Festival Seni dan Budaya menampilkan artis-artis kebudayaan negeri,” katanya pada sidang media di Bangunan Gan Boon Loong di Jalan Jonker, di sini, semalam.
Ronald berkata, festival itu turut mendapat sokongan daripada lebih 300 pengusaha dan peniaga Jonker Walk.
“Sebagai tanda sokongan kesemua pengusaha dan peniaga di Jonker Walk akan memasang gegantung sepanjang tiga hari festival tersebut berlangsung.
“Festival yang julung kali diadakan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI JEMPUT GENG ‘RIDER’, PENGGIAT GIG MOREH BERSAMA
AYER KEROH 28 Februari - Semua penggiat gig termasuk penghantar makanan (p-hailing) dan e-hailing dipelawa untuk bersama-sama Ketua Menteri dalam...
PHAT-PHAT SI PEMALU YANG ‘SELEK’
AYER KEROH 28 Februari – Gelagat seekor orang utan jantan yang dikatakan 'pemalu' terutama apabila berhadapan dengan wanita menjadi antara...
KWSP UMUM DIVIDEN 6.15 PERATUS UNTUK SIMPANAN KONVENSIONAL DAN SHARIAH, JUMLAH PEMBAYARAN RM79.6 BILION
KUALA LUMPUR, 28 Feb - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15 peratus bagi 2025...
TIGA REMAJA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN MOTOSIKAL DI TAMBAK PAYA
AYER MOLEK 28 Februari – Tiga remaja maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Tambak...
MPAG SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN DI 9 DUN SEPANJANG RAMADAN
LENDU 28 Februari - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengimarahkan Ramadan dengan menganjurkan program-program berbentuk kebajikan bertujuan menyantuni golongan memerlukan....
LEMBU BAWA REZEKI UNTUK ORANG KAMPUNG
PAYA RUMPUT 28 Februari - Penternakan lembu menjadi antara inisiatif dilakukan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Minyak dalam...
