Kongsi rezeki bersama orang Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

TANJUNG BIDARA 25 Mac – Raut wajah ceria jelas terpancar pada wajah 310 individu dalam kalangan golongan memerlukan apabila menerima ‘duit raya’ dan barangan keperluan dapur pada Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri (Parlimen Masjid Tanah) Tahun 2024 di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Lebih istimewa apabila penerima dalam kalangan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dapat bersua muka bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang menyampaikan sendiri bantuan berkenaan kepada mereka.

Bagi penerima bantuan Norzaini Md Kassim, 60, berkata, Bantuan disampaikan kerajaan khusus setiap kali menjelang sambutan perayaan amat bermakna buat orang kampung yang majoritinya bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap.

Norzaini menetap di Ramuan China Kechil berkata, sumbangan diterima membolehkan dia merancang menyediakan hidangan istimewa untuk dijamah ahli keluarga pada pagi 1 Syawal nanti.

“Saya suri rumah sepenuh masa, memang tidak ada pendapatan tetap, menggunakan bantuan diterima ini dapatlah saya sediakan hidangan lebih istimewa atau mewah sedikit pada pagi 1 Syawal nanti.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri yang sentiasa prihatin dan cakna terhadap golongan seperti kami. Bantuan dihulurkan benar-benar menggembirakan hati saya,” katanya.

Terdahulu, serahan sumbangan dalam bentuk wang tunai RM200 dan barangan keperluan dapur kepada 310 penerima sekitar Parlimen Masjid Tanah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu ibu tunggal Maznah Kassim, 66, dari Kampung Lendu berasa teruja kerana menerima sumbangan itu yang akan digunakan untuk melakukan persiapan menyambut Aidilfitri dua minggu sahaja lagi.

“Sambutan Aifilfitri tahun ini ala kadar sahaja, tetapi bila terima sumbangan berasa sangat gembira. Terima Kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas bantuan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

149
Kongsi :
Previous post Kebajikan, keperluan rakyat keutamaan Ab Rauf
Next post Permulaan fasa peralihan monsun dijangka pada 29 Mac ini – MetMalaysia
Ubah saiz-+=