Pesta konvokesyen UTeM tampil konsep baharu TUAH VCF’21

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menampilkan kelainan pada pesta konvokesyen kali ini dengan membawa konsep TUAH Virtual Convo Fest 2012 (TUAH VCF’21) yang menyaksikan seramai 2,979 graduan diraikan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Dr Ghazali Omar berkata, pesta itu dijenamakan semula yang mana kesemua program semasa konvokesyen dibuat secara dalam talian melalui FB Live MyHEP UTeM.

“Majlis konvokesyen ke-16 ini tetap diadakan secara fizikal selama empat hari bermula 9 hingga 12 Disember 2021 (Khamis hingga Ahad) dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, hanya ibu bapa dibenarkan masuk ke dewan.

“Ada lapan sesi diadakan bagi empat hari tersebut mengikut norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, kira-kira 1,700 jemputan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Konvokesyen Ke-16 UTeM di Bangunan Canselori UTeM di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr Zulkifilie Ibrahim dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.

Dr Ghazali berkata, mengikut pecahan seramai 21 graduan bakal memegang pangkat PhD, dua graduan pangkat Ijazah Doktor Kejuruteraan, Ijazah Sarjana (190), Ijazah Sarjana Muda (2,254) dan Diploma (512).

“Jumlah ini sekali gus menjadikan sebanyak 55.3 peratus graduan pada tahun ini adalah merupakan graduan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Bagaimanapun terdapat dua anugerah khas yang akan disampaikan kali ini meliputi Anugerah Pelajaran Diraja dan Anugerah Hadiah Canselor.

“Bagi Anugerah Pelajaran Diraja akan diberikan kepada dua graduan daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT) dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

“Manakala Anugerah Hadiah Canselor turut diberikan kepada dua graduan dari FPTT dan Fakulti Teknologi Kejurutteraan Elektrik dan Eklektronik (FTKEE),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

947
Kongsi :
Previous post Purata murid ke sekolah lebih 85 peratus sejak 3 Okt
Next post Dua pengembara Afrika Selatan transit di Singapura disahkan positif Omicron
Ubah saiz-+=