Sorting by

×

KURSUS KAHWIN PERCUMA: RINGANKAN BEBAN ANAK MUDA KE ALAM RUMAH TANGGA

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

TANJUNG BIDARA 3 November – Rata-rata anak muda di negeri ini berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan Kursus Pra Perkahwinan secara percuma menerusi peruntukan Bajet 2025 Negeri Melaka.

Kursus tersebut dikendalikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi anak syarikatnya MAIM Holdings Sdn Bhd, di mana ia memperuntukkan sejumlah RM594,000 untuk dimanfaatkan kepada 5,000 anak muda sepanjang tahun ini.

Salah seorang peserta, Nur Izzati Jamaluddin, 25, berkata, kursus itu bukan sekadar memberi ilmu untuknya menghadapi alam rumah tangga, bahkan turut meringankan beban kerana tidak perlu membayar RM119 bagi menyertai kursus sama di luar sana.

“Banyak ilmu yang saya pelajari, antaranya komunikasi di antara suami isteri dan segala persiapan menuju ke alam rumah tangga. Semuanya sangat membantu bagi anak muda seperti kami.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan MAIM yang menyediakan inisiatif yang amat baik seperti ini untuk anak muda di negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Kursus Pra Perkahwinan Negeri Melaka Peringkat Parlimen Masjid Tanah di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, di sini, pada Sabtu.

6066857141051526323
NUR IZZATI

Nada sama turut disuarakan seorang lagi peserta, Muhammad Syazwan Sehat, 23, yang menyifatkannya sebagai inisiatif yang amat baik untuk anak muda yang bakal melayari bahtera perkahwinan tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran.

Dia yang berasal dari Kuala Linggi berkata, disebabkan manfaatnya yang besar, kursus tersebut wajar diteruskan pada masa akan datang.

“Ilmu yang diterima amat bermakna untuk orang muda mendapat pendedahan awal ilmu perkahwinan, sekali gus mengurangkan kes penceraian dalam kalangan pasangan muda.

“Saya berterima kasih kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri di atas inisiatif ini dan diharap ia dapat diteruskan supaya lebih ramai anak muda menerima manfaatnya,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2763
Kongsi :
Previous post WRUR: BINA BONGGOL DEPAN SEKOLAH TINGKATKAN ASPEK KESELAMATAN MURID, PELAJAR