Labur RM160, dapat motosikal RM13,000

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 21 Ogos – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itu pepatah tepat menggambar rezeki Mohd Fauzie Fadellah, 39 yang menjadi pengunjung paling bertuah pada sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka di Dataran Sejarah Ayer Keroh malam tadi.

Ia selepas nombor kupon bertuahnya dipilih Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal jenis KTNS Zongshen Cyclone RA2 yang dianggarkan berharga RM13,000.

Lelaki berasal dari Bachang itu berkata, ketika nombornya disebut, dia seakan kaku dan menggigil, selain tidak menyangka wang RM160 yang dilabur untuk membeli dua keping kupon cabutan bertuah berhasil.

“Memang tak sangka bila nombor itu dipilih. Mulanya macam tidak percaya dan bila dua kali mendengar nombor itu disebut barulah saya tersedar dan menjerit sebab menang hadiah utama.

“Alhamdulillah mungkin ini rezeki Allah SWT kepada saya. Kepada Ketua Menteri terima kasih kerana mencabut nombor saya 00218,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Ditanya apa yang akan dilakukan terhadap hadiah kemenangan itu, Mohd Fauzie berkata, dia akan menyimpan hadiah itu sebagai tanda kenangan dan akan menggunakan motosikal itu untuk meronda-ronda di seluruh Melaka.

IMG-20220821-WA0003
WAJAH ceria Mohd Fauzie selepas dipilih sebagai pengunjung bertuah membawa pulang motosikal berharga RM13,000. Foto Mohd Azren Jamaludin

Pada acara kemuncak Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka itu, sebanyak 15 hadiah cabutan bertuah disediakan membabitkan motosikal, basikal, topi keledar dan jaket.

Pelbagai acara lain turut diadakan sepanjang majlis itu berlangsung antaranya konsert oleh artis tempatan, zumba, pertunjukan dan gerai pameran, acara mewarna, pertandingan karaoke, sukaneka dan lain-lain lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1514
Kongsi :
Previous post Kurangkan 45 peratus sisa pepejal di tapak pelupusan
Next post Berita gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini – PM
Ubah saiz-+=