Sorting by

×

LAKARAN JEJANTAS ‘KERIS PATEH’ MOHD AJIB PILIHAN MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 25 Januari – Reka bentuk jejantas berkonsepkan ‘Keris Pateh’ lakaran arkitek anak jati Melaka, Mohd Ajib Mahat, 38, diumumkan sebagai johan Pertandingan Mercu Tanda MPHTJ 2025.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata kejayaan itu sekali gus melayakkan Mohd Ajib membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000.

“Mohd Ajib memiliki pengalaman luas sebagai pereka bentuk bangunan selama 16 tahun di sebuah firma arkitek di Melaka.
Idea menghasilkan reka bentuk itu terilham daripada sejarah Negeri Melaka berunsurkan seni silat dan kepahlawanan.

“Jalan ceritanya adalah kisah bagaimana Hang Tuah diselamatkan oleh Bendahara daripada hukuman bunuh dan kemudian balik semula ke istana untuk menyelamatkan sultan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2025 01 24 At 5.27.07 Pm
LAKARAN jejantas ‘Keris Pateh’ yang diilhamkan oleh Mohd Ajib.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata tema tersebut diterjemahkan dalam bentuk fizikal iaitu sebuah jejantas yang ditempatkan di persimpangan Taman Botanikal yang menghubungkan Zoo Melaka.

“Beliau memilih Zoo Melaka sebagai lokasi bagi menempatkan jejantas ‘Keris Pateh’ ini untuk memudahkan pengunjung dari Taman Botanikal ke Zoo Melaka,” katanya.

Untuk rekod pertandingan mercu tanda itu menerima lebih 20 penyertaan yang mana pada peringkat akhir enam peserta dinobatkan sebagai pemenang hasil penilaian daripada empat juri profesional terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

236
Kongsi :
Previous post MANFAATKAN ILMU PEMBUATAN ROTI, PASTRI UNTUK JANA PENDAPATAN
Next post OP TBC 2025: 17 BAS EKSPRES TIDAK DIBENARKAN BAWA PENUMPANG