Sorting by

×

LEBIH 1,000 SERTAI PESTA KONDA KONDI KARNIVAL WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KLEBANG 27 September – Menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sejumlah RM21,000, Pesta Konda Kondi Negeri Melaka 2025 mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 1,000 orang.

Permainan sukan tradisional yang diangkat kembali oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diadakan bersempena Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad berkata, jumlah penyertaan untuk peserta menunjukkan peningkatan sehingga tarikh tutup penyertaan pada 25 September.

“Sehingga Rabu kita menerima kira-kira 600 penyertaan daripada 120 pasukan untuk ketiga-tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka, Kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

“Namun begitu angka itu menunjukkan pertambahan penyertaan sehingga lebih 1,000 orang dan menariknya terdapat juga penyertaan dari luar Melaka iaitu dari Selangor serta Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, taklimat pertandingan telah diadakan pada Jumaat malam membabitkan pengadil, urus setia dan wakil pasukan ia bagi memastikan kelancaran pesta dua hari itu.

“Pesta Konda Kondi ini menawarkan wang tunai RM3,000 bagi johan Kategori Terbuka, manakala masing-masing RM1,500 bagi johan Kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

“Hadiah wang tunai disediakan sehingga kedudukan tempat kelapan selain pemenang juga akan membawa pulang piala dan pingat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

785
Kongsi :
Previous post BAYI LELAKI DITINGGALKAN DI PERHENTIAN BAS ALAI
Next post TUAN RUMAH WTD 2025, MELAKA SIMBOL WARISAN DUNIA