
BAYI LELAKI DITINGGALKAN DI PERHENTIAN BAS ALAI
TELOK MAS 27 September – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di sebuah perhentian bas berhampiran Surau Batu 5, Alai, di sini malam tadi.
Menurut sumber, bayi itu ditemui seorang jemaah surau dalam kotak pada jam lebih kurang 9.20 malam.
Katanya, bayi tersebut ditemui dalam keadaan berselimut dengan kain napkin dan dipercayai telah ditinggalkan oleh individu tidak dikenali.
Pada jam 9.45 malam, petugas perubatan dari Hospital Melaka tiba di lokasi dan menjalankan pemeriksaan awal sebelum membawa bayi itu ke hospital bagi rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati bayi lelaki itu masih bertali pusat, dengan anggaran berusia tujuh hari, seberat 2.7 kilogram dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
