
LEBIH 200 SAHUT CABARAN COMMANDO FUN RIDE
KLEBANG 27 Disember – Lebih 200 peserta menyahut cabaran Commando Fun Ride di Encore Melaka, di sini, hari ini.
Acara sukan itu merupakan sebahagian pengisian yang diadakan bersempena Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas 2025.
Upacara pelepasan peserta telah disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.
Turut bersama, Pegawai Memerintah Rejimen 21 Komando Kolonel Razak Akob dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka Nasrul Ahmad.
Commando Fun Ride melibatkan dua kategori iaitu kayuhan santai dan lasak, di mana ia membabitkan jarak sejauh 15 kilometer dan 35 kilometer.
Selain memeriahkan sambutan Jubli Intan RGK, acara itu juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim, selain mempromosikan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LENDU
LENDU 30 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dirasai...
RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING TERJEMAHAN MELAKA SAYANG RAKYAT
TABOH NANING 30 Mac - Bukan sekadar berkumpul untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri, sebaliknya penganjuran Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Dewan...
GULAI KAWAH MENU ISTIMEWA RUMAH TERBUKA ‘ACIK ZUL’
TABOH NANING 29 Mac - Hidangan kari lembu menjadi menu istimewa yang menarik lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan penganjuran Rumah...
MAYAT LELAKI RENTUNG DITEMUKAN DI LADANG
KULIM 29 Mac - Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan rentung bersama-sama sebuah motosikal di Ladang Anak Kulim dekat sini, semalam....
NELAYAN DILAPORKAN HILANG DITEMUKAN LEMAS BERHAMPIRAN TANJUNG RHU
MERSING 29 Mac - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang semalam ditemukan lemas di persisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini,...
PESARA RUGI LEBIH RM337,000 AKIBAT PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 29 Mac - Seorang pesara kerugian lebih RM337,000 selepas terperdaya pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi menerusi Facebook,...
