
Lebih 300,000 warga emas dijangkiti COVID – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Sebanyak 336,848 warga emas atau 11.5 peratus daripada golongan itu di negara ini telah dijangkiti COVID-19 sehingga 7 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata jumlah kematian melibatkan kumpulan itu pula adalah sebanyak 61.3 peratus atau 19,646 kes daripada keseluruhan 32,034 kes direkodkan bagi tempoh yang sama.
“Bagi suntikan vaksinasi pula, seramai 2,258,521 atau 67.7 peratus warga emas telah menerima dos penggalak dan 3,335,309 atau 96 peratus daripada populasi tersebut telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.
“Lindungi warga emas daripada jangkitan COVID-19, lengkapkan vaksinasi dan dos penggalak,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAOP SANTUNI PENGUNJUNG, PENIAGA PASAR RAMADAN PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 4 Mac - Lawatan turun padang secara mengejut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara...
MELAKA TEROKA KERJASAMA DENGAN PENGENDALI PELANCONGAN PREMIUM JERMAN
AYER KEROH 4 Mac - Dalam mempertingkat visibiliti Melaka sebagai destinasi pelancongan dunia, Kerajaan Negeri terus melipatgandakan usaha memperkukuh jalinan...
MELAKA PROMOSI PELANCONGAN DI BERLIN, SASAR TARIK PELANCONG EROPAH
AYER KEROH 4 Mac – Melaka terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan menyertai International Tourismus-Börse...
BUFET MAKAN MALAM RAMADAN: EKSKLUSIF DAN UNIK ‘CITARASA TUAH’ DI THE LISBON MELAKA
BANDA HILIR 4 Mac - Berbuka puasa sambil menikmati panorama Perkampungan Portugis dengan latar Selat Melaka pastinya memberikan pengalaman berbeza...
RAMADAN KAREEM ‘FREE MARKET’ TAWAR BAJU RAYA PERCUMA
TELOK MAS 4 Mac - Projek Ramadan Kareem ‘Free Market’ membuka peluang buat golongan memerlukan bergaya dengan baju raya baharu...
MELAKA KEKAL TEGUH HASIL PERPADUAN, TOLERANSI SEMUA KAUM
MELAKA KEKAL TEGUH HASIL PERPADUAN, TOLERANSI SEMUA KAUM KLEBANG 4 Mac - Semangat muhibah dan sifat toleransi diamalkan membantu keharmonian...
