Lebih 500 ahli keluarga Haji Md Rashid berkumpul meriahkan Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

TABOH NANING 6 Mei – Lebih 500 orang daripada lima generasi keluarga Haji Md Rashid berkumpul sempena Aidilfitri dalam majlis berlangsung di Dewan Kompleks Japerun Taboh Naning, di sini, 4 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Jalinan Kasih Haji Md Rashid, Musa Abdul Malek berkata, perhimpunan itu sangat bermakna dalam menjalinkan hubungan lebih erat dalam kalangan ahli keluarga generasi pertama hingga kelima.

Whatsapp Image 2024 05 06 At 11.34.19 Am
MUSA.

Katanya, majlis itu adalah julung kali dianjurkan untuk mengumpul ahli keluarga Haji Md Rashid atau nama sebenar beliau Md Rashid Abdullah dari Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Singapura dibawah satu bumbung.

“Alhamdulillah perancangan selama dua bulan berjalan lancar dan hasilnya kami berjaya mengumpulkan hampir 600 ahli keluarga bermula daripada generasi pertama kini berusia sekitar 90-an hingga piut yang masih bayi.

“Kami juga mendapat kerjasama amat baik daripada semua ahli keluarga, malah ada yang secara peribadi tampil untuk menaja kos penganjuran majlis kali ini. Alhamdulillah kami berjaya berkumpul sebagai sebuah keluarga yang besar pada Syawal yang mulia ini,” katanya.

Whatsapp Image 2024 05 06 At 11.36.39 Am
KEMERIAHAN sekitar Majlis Jalinan Kasih Haji Md Rashid.

Sementara itu anak bongsu atau kelima belas Haji Md Rashid, Md Rais Md Rashid berkata, bapanya dilahirkan pada 1879 dan meninggal dunia pada 1984 ketika berusia 105 tahun akibat sakit tua.

Whatsapp Image 2024 05 06 At 11.33.52 Am
MD Rais.

Md Rais berkata, arwah bapanya berkhidmat sebagai guru mempunyai tiga isteri dengan perwatakan yang tegas dan rajin bekerja.

“Lokasi ini dipilih kerana berhampiran kampung ahli keluarga kami iaitu Kampung Tengah, Kampung Melekek Kampung Solok Limau Purut, insya-Allah kami majlis seumpama ini akan diteruskan lagi pada tahun akan datang.

“Majlis seperti ini amat penting kerana ada dalam kalangan yang hadir tidak mengenali ahli keluarga mereka, sudah lama terpisah kerana ramai yang bekerja dan menetap di luar Melaka,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1279
Kongsi :
Previous post Warga emas maut kereta terbabas
Next post Tiga lemas, tiga masih hilang dalam kejadian kepala air di Lahad Datu
Ubah saiz-+=