
Lebih 71,000 saman dalam operasi khas ubah suai ekzos bulan lalu
KUALA LUMPUR 2 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 71,127 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos yang diadakan bermula 1 hingga 31 Mac lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, daripada jumlah itu, 6,954 saman adalah atas kesalahan mengubah suai ekzos, merangkumi 4,926 ke atas motosikal, 1,627 melibatkan kereta dan bakinya 401 saman membabitkan kenderaan-kenderaan lain.
“Selain itu, sebanyak 2,781 kenderaan disita membabitkan 2,696 motosikal, kereta (66) dan lain-lain kenderaan (19),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya kenderaan disita bagi tujuan pemeriksaan dan akan diserahkan semula selepas kenderaan diubah suai kembali kepada spesifikasi asal.
Tegasnya, operasi serupa akan diadakan dari semasa ke semasa di samping operasi lain bagi membanteras samseng jalanan, mabuk, langgar lampu merah dan lain-lain.
Selain itu, Azisman berkata hampir RM32 juta bayaran saman membabitkan 291,157 saman telah dibayar menerusi MyBayar Saman setakat 31 Mac lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BANDA HILIR: CHAU YEN TERUSKAN MISI DEKATI GOLONGAN MEMERLUKAN
BANDA HILIR 4 Jun - Usaha mendekati golongan memerlukan menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Hilir Leng Chau...
AIDILADHA AJAR MUALAF ERTI PENGORBANAN, BERKONGSI REZEKI
KESIDANG 4 Jun – Penglibatan dalam Projek Sunduk Korban bukan sekadar memberi peluang kepada seorang mualaf untuk berbakti kepada masyarakat,...
JKM SINGGAH DI LEBIH 1,400 KEDIAMAN SEPANJANG WRUR
BANDA HILIR 3 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penghuni dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di 1,450 rumah seluruh...
WRUR BANDA HILIR : SENTUHAN MESRA WAKIL RAKYAT BUAT PENDUDUK RASA DIHARGAI
BANDA HILIR 3 Jun - Kunjungan wakil rakyat ke rumah penduduk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
RANCAKKAN AKTIVITI UNTUK ANAK MUDA
MACHAP JAYA 3 Jun - Program-program untuk anak muda akan terus dirancakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya sebagai...
UNIMEL SEMAKIN DISEGANI, JADI PILIHAN RAMAI
KUALA LINGGI 3 Jun - Kemampuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan berkualiti dan mengikut keperluan pasaran kerja semasa...
