
Sulaiman rasmikan Pejabat Operasi Masjid Tanah
MASJID TANAH 2 April – Bangunan Pejabat Operasi Masjid Tanah dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali, di sini sebentar tadi.
Pejabat yang menempatkan beberapa agensi kerajaan negeri di Bangunan Tabung Haji bakal menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan buat penduduk di kawasan terbabit.
Terdahulu beliau tiba 9.55 pagi dan disambut barisan tetamu kehormat yang hadir bagi menyaksikan detik bersejarah itu.
Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.
Perasmian bangunan tiga tingkat sedia ada itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan kaunter dari beberapa agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (Cawangan Masjid Tanah).
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR SERKAM: LEBIH 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
SERKAM 30 Jun - Sebanyak 53 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bersempena Program Wakil...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
SOKONGAN MAIM BELA KEHIDUPAN ASNAF MUALAF
AYER MOLEK 29 Jun - Sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terbukti menjadi talian hayat penting bagi golongan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BERI LEBIH IMPAK UNTUK ORANG MELAKA
SERKAM 29 Jun - Penganjuran siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bermula 5 Julai depan akan memberikan impak lebih berkesan...
RESORT RM18 JUTA BAKAL UBAH WAJAH PELANCONGAN UMBAI
SERKAM 29 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu bernilai RM18 juta dijangka menjadi pemangkin baharu kepada sektor pelancongan pesisir...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
